DUNIA
10 maut hujan lebat landa Kolkata, renjatan elektrik punca utama
Hujan berterusan sejak malam Isnin hingga pagi Selasa menenggelamkan sebahagian besar kawasan sehingga hampir melumpuhkan kehidupan seharian, menjejaskan lalu lintas serta aktiviti penduduk. - Gambar fail/ AP
NEW DELHI: Hujan lebat di Kolkata, timur India meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, dengan majoriti mangsa dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik, kata pegawai pada Selasa.
Ringkasan AI
Hujan berterusan sejak malam Isnin hingga pagi Selasa menenggelamkan sebahagian besar kawasan sehingga hampir melumpuhkan kehidupan seharian, menjejaskan lalu lintas serta aktiviti penduduk.
Jalan raya digenangi air, manakala kawasan perumahan turut dinaiki air, lapor Xinhua.
Banyak kenderaan terperangkap berjam-jam di beberapa persimpangan utama termasuk Park Circus, Gariahat, Behala dan College Street, manakala perkhidmatan kereta api pinggir bandar dan metro turut terjejas.
Kematian direkodkan dalam beberapa insiden berasingan di Beniapukur, Kalikapur, Netaji Nagar, Gariahat, Ekbalpur, Behala dan Haridevpur.
"Sekurang-kurangnya sembilan daripada kematian itu disebabkan oleh renjatan elektrik," kata seorang pegawai.
Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), hujan lebat mencecah 251.4 milimeter dalam tempoh kurang 24 jam itu merupakan yang tertinggi sejak 1986 dan keenam tertinggi dalam rekod hujan harian bagi tempoh 137 tahun.
IMD menjelaskan fenomena itu berpunca daripada sistem tekanan rendah di Teluk Bengal.
Kejadian itu turut menjejaskan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Kolkata dengan lebih 100 penerbangan terkesan -- 62 dibatalkan dan 42 lagi ditangguhkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Hujan lebat sejak malam Isnin menyebabkan banjir besar di Kolkata, meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, dengan sembilan daripadanya dipercayai akibat renjatan elektrik.
- Hujan mencecah 251.4 milimeter dalam tempoh kurang 24 jam, tertinggi sejak 1986 dan keenam tertinggi dalam rekod 137 tahun, berpunca daripada sistem tekanan rendah di Teluk Bengal.
- Banjir menjejaskan lalu lintas, kawasan perumahan, perkhidmatan kereta api dan metro, serta operasi penerbangan di Lapangan Terbang Kolkata dengan lebih 100 penerbangan terkesan.