SYDNEY: Seramai 10 orang maut manakala 25 yang lain dibawa ke hospital selepas sebuah bas yang membawa rombongan perkahwinan terbabit dalam nahas jalan raya di wilayah Hunter di Australia pada Ahad, menurut kenyataan Polis New South Wales (NSW) pada Isnin.
Nahas berlaku di Wine Country Drive berhampiran Lebuhraya Hunter dan anggota kecemasan menerima panggilan kira-kira pukul 11.30 malam.
Pada sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin, Pemangku Polis NSW Asisten Komisioner Tracy Chapman berkata 10 orang disahkan meninggal dunia, dengan 25 orang lagi mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Chapman berkata kemungkinan ada mangsa yang terperangkap dalam bas yang terbalik itu dan jumlah korban serta kecederaan mungkin bertambah.
"Pemandu bas berkenaan berusia 58 tahun telah dibawa ke hospital untuk jalani ujian. Dan dia kini berada di Balai Polis Cessnock dan kini ditahan," kata Chapman.
Beliau berkata setakat ini hasil siasatan mendapati nahas itu hanya membabitkan satu kenderaan namun, siasatan lanjut akan dijalankan.
Pihak polis sedang berusaha mengenal pasti mangsa dan menghubungi waris.
Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese di media sosialnya berkata: "Semua rakyat Australia dikejutkan dengan berita tragis yang berlaku di Hunter itu, kami bersimpati kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi bas yang ngeri ini."
Perdana Menteri NSW Chris Minns menerusi Twitter berkata: "Kehilangan nyawa yang menyayat hati. Ia berlaku pada hari yang sepatutnya dipenuhi dengan rasa cinta dan kebahagiaan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Polis memeriksa bahagian bawah sebuah bas yang terbalik dalam kejadian nahas jalan raya di Lembah Hunter, utara Sydney, Australia, 12 Jun 2023. (Foto AP)
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.