DUNIA
10 maut, ratusan cedera terkena serangan peluru berpandu Iran di Israel

Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh manakala 100 lagi cedera selepas serangan peluru berpandu Iran menggegarkan bandar Bat Yam, Israel malam tadi.- Foto Reuters
BAT YAM: Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh manakala lebih 100 penduduk cedera selepas serangan peluru berpandu Iran menggegarkan bandar Bat Yam, Israel malam tadi.
Ringkasan AI
- Serangan peluru berpandu Iran ke Israel: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam serangan ke atas bandar Bat Yam, termasuk kanak-kanak dan wanita muda; sebuah bangunan lapan tingkat turut musnah.
- Kemusnahan dan operasi menyelamat: Lebih 100 keluarga kehilangan tempat tinggal, dan operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan; serangan turut mengenai wilayah Haifa, mencederakan 14 orang.
- Latar belakang konflik: Serangan Iran adalah tindak balas terhadap serangan Israel ke atas Iran pada Jumaat lalu yang mengorbankan 78 orang; kedua-dua negara kini saling melancarkan serangan udara.
"Kita bercakap tentang lebih daripada 100 keluarga yang kini tidak mempunyai tempat tinggal," katanya.
"Kami belum mempunyai jumlah sebenar individu yang hilang, namun kami tahu masih ramai yang belum dapat menghubungi ahli keluarga mereka," katanya.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan sebelum itu memaklumkan sebuah bangunan lapan tingkat di bandar itu terkena serangan peluru berpandu sekali gus menyebabkan beberapa mangsa terkorban meskipun ramai yang berjaya diselamatkan.
Perkhidmatan ambulans Israel melaporkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam serangan di seluruh negara, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita dalam lingkungan 20-an.
Sementara itu, setakat ini, jumlah bangunan yang terjejas akibat serangan belum dapat dipastikan.
Perkhidmatan kecemasan Israel pula mengesahkan sebuah peluru berpandu Iran mengenai sebuah kediaman di wilayah Haifa, mencederakan 14 orang, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 78 orang terbunuh dan 320 cedera dalam gelombang serangan pertama Israel pada Jumaat lalu.
Iran menggesa rakyatnya untuk bersatu mempertahankan negara, sementara Presiden Israel, Benjamin Netanyahu mendesak rakyat Iran bangkit menentang kerajaan mereka sendiri.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami