Skip to main content

Dunia

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir

41739832580_BuildingCollapse.jpg
GIZA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tiga lagi cedera pada Isnin dalam runtuhan bangunan di wilayah Giza, Mesir.

Menurut media tempatan, letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan Kerdasa berhampiran piramid Giza.

Susulan itu, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.

Pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh letupan.

Dua bangunan bersebelahan turut dikosongkan untuk membersihkan serpihan.

Siasatan awal mengaitkan kebocoran gas sebagai kemungkinan punca letupan.






Advertisement

Must Watch Video