Selepas 10 minggu menjalani perintah berkurung, India akhirnya membenarkan rumah ibadat, restoran, koplkes beli belah dan sempadan negara dibuka semula meskipun negara tersebut melaporkan angka korban yang tinggi dalam satu hari.

Perintah berkurung di India antara yang paling ketat di dunia dan dianggap berkesan dalam menghentikan penyebaran virus.

Sebilangan besar industri ditutup, dan arahan duduk di rumah dikenakan kepada semua kecuali bagi beberapa urusan penting.

Bagaimanapun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ketika sekatan secara berperingakat dilonggarkan bagi merancakkan semula ekonomi negara, jutaan pekerja kembali bekerja dan kes dilaporkan meningkat di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan India melaporkan 9,983 kes lagi pada Isnin, menjadikan jumlah India melebihi 256,000 kelima paling tertinggi di dunia.

Ia juga melaporkan 206 kematian, kenaikan tertinggi dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka kematian negara itu kepada 7,135 orang.

India juga membuka semula sebahagian perkhidmatan kereta api dan penerbangan domestik.

Namun, sekolah, gimnasium dan perkhidmatan kereta api kekal ditutup, perhimpunan politik dan aktiviti sukan tetap dilarang, manakala perjalanan udara antarabangsa terhad kepada penduduk asing di India yang ingin pelang ke negara asal.