awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pelari digantung 3 tahun kerana buang air kecil di tempat awam semasa maraton

Bernama
Bernama
24/04/2025
23:50 MYT
10 pelari digantung 3 tahun kerana buang air kecil di tempat awam semasa maraton
Persatuan menggesa pelari dan penganjur acara untuk menegakkan peraturan perlumbaan dan melindungi integriti sukan itu. - Gambar hiasan
BEIJING: Sejumlah 10 peserta Maraton Suzhou 2025 digantung daripada semua perlumbaan jalan raya yang diiktiraf oleh Persatuan Olahraga China (CAA) selama tiga tahun kerana "tingkah laku tidak bertamadun" semasa acara itu, lapor Xinhua.
CAA mengumumkan tindakan disiplin itu pada Khamis, memetik insiden membuang air kecil di tempat awam berhampiran sebuah sekolah tempatan semasa perlumbaan pada 2 Mac. Penggantungan itu akan berkuat kuasa sehingga 1 Mac 2028.
Selain penggantungan itu, CAA berkata ia akan menarik balik kelayakan Maraton Suzhou 2026 untuk pensijilan rasmi, satu langkah yang menghalang perlumbaan itu daripada muncul dalam kalendar acara yang diiktiraf persatuan berkenaan.
Persatuan menggesa pelari dan penganjur acara untuk menegakkan peraturan perlumbaan dan melindungi integriti sukan itu. "Kami berharap semua peserta dan pihak yang berkaitan mengambilnya sebagai amaran dan bekerjasama untuk mengekalkan persekitaran perlumbaan yang adil, teratur dan dihormati," kata CAA dalam kenyataannya.
Tindakan disiplin itu menyusul selepas laporan dalam talian dan rakaman video yang tersebar luas di media sosial China yang menunjukkan beberapa pelari membuang air kecil di tempat awam, mencetuskan kecaman daripada netizen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peserta
#digantung perlumbaan
#Maraton Suzhou 2025
#buang air kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan