Donald Trump telah menterima secara rasminya pencalonan Parti Republikan sebagai calon untuk pilihan rakyat Amerika Syarikat di pilihan raya pada November depan.

Berikut adalah 10 tahun penting dalam kehidupan hartawan tersebut:

14 Jun, 1946

Donald Trump dilahirkan di Queens, New York dan merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Bapanya, Fred adalah pemaju hartanah berpengaruh berketurunan Jerman.

Ibunya, Mary berasal dari Scotland.

Trump kemudian dihantar untuk menghadiri sekolah tentera dan berkelulusan dari Wharton School of Business, Universiti Pennsylvania pada 1968.

Beliau kemudian menyertai perniagaan bapanya.

1978

Bapanya mula membina empayar di pinggir bandar kosmopolitan New York, namun Trump mensasarkan Manhattan.

Perjanjian utama pertamanya membuahkan hasil kerana hubungan politik bapanya dan pinjaman hampir AS$1 juta daripada syarikat milik bapanya.

Trump terus membeli Commodore Hotel berhampiran Grand Stesen Central dan membangunkan ia sebagai Grand Hyatt.

Mercu tanda Trump Tower di Fifth Avenue di Manhattan selesai lima tahun kemudian.

Trump membeli beberapa hartanah mewah di AS menerusi gelombang yang dikenali sebagai "Reaganomics".

Trump

22 Oktober 1987

Trump menyampaikan ucapan di Kelab Rotary di Portsmouth, New Hampshire di mana beliau menyoal mengapa AS memberi perlindungan tentera kepada sekutu kaya seperti Jepun dan Arab Saudi.

Ia adalah permulaan beliau untuk berjinak-jinak dalam dunia politik.

Memoir Trump, "The Art of the Deal" diterbitkan dan mengukuhkan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak.

Ditulis oleh pengarang Tony Schwartz, buku ini begitu popular dan memasuki carta buku paling laris oleh New York Times selama 48 minggu.

Lebih dari satu juta unit habis dijual.

1991

Trump menfailkan kes bankrap berhubung pusat perjudian Trump Taj Mahal di Atlantic City bernilai AS$1 bilion, setahun selepas ia dibuka.

Trump menjual sehingga separuh kepentingannya dalam usaha itu dan menjual kapal layar dan syarikat penerbangan untuk mengumpul dana yang diperlukan untuk menyusun semula hutangnya.

Beliau mengisytiharkan kebankrapan tiga kali lagi berkaitan hartanah di Atlantic City sebelum akhirnya menarik diri daripada bandar pada tahun 2009.

Donald Trump

8 Januari 2004

Trump muncul buat pertama kali sebagai bintang rancangan realiti TV "The Apprentice".

Ia menonjolkan kepintaran beliau dalam dunia perniagaan dan gaya persembahan semula jadi.

Rancangan itu melonjak status selebriti Trump dan memperkenalkan beliau kepada generasi baru yang terlalu muda untuk mengingati kejayaan beliau dalam era 1980-an.

Perkataan “You’re fired” (Anda dipecat) menjadi slogan popular dalam program itu.

BACA: 'Rakyat Amerika didahulukan' - Trump

16 Jun 2015

Trump mengumumkan beliau ingin bertanding untuk jawatan presiden AS.

Usahanya segera membangkitkan kontroversi apabila beliau berjanji semasa ucapan di Trump Tower untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico untuk mengelakkan masalah pendatang tanpa izin.

Beliau berkata orang Mexico datang ke Amerika Syarikat "membawa dadah. Mereka membawa jenayah. Mereka perogol. Hanya ada beberapa yang saya anggap orang baik.”

1 Mac 2016

Trump mendahului pesaing lain dan menarik perhatian golongan pertengahan berkulit putih yang kecewa dengan situasi negara dengan ucapan tegasnya.

Pada Super Tuesday, beliau menang di 7 negeri, termasuk Alabama dan Vermont. Kejayaan beliau menyebabkan pesang lain seperti Jeb Bush dan Marco Rubio untuk keluar dari perlumbaan.

3 Mei 2016

Trump menjadi calon tunggal selepas pencabar terdekat Ted Cruz menggantung kempen selepas tewas di Indiana.

"Kami akan menang pada bulan November, dan kita akan menang besar," Trump memberitahu penyokongnya yang gembira di Trump Tower, New York.

21 Julai 2016

Trump secara rasmi menerima pencalonan Republikan untuk jawatan di White House.