10 terbunuh pesawat rempuh hangar ketika berlepas

Amirah Shariffudin
Julai 1, 2019 01:18 MYT
Pesawat dengan enjin berkembar Beechcraft BE-350 milik King Air itu terbakar sebaik merempuh hangar. -Astro AWANI
Sepuluh orang maut apabila sebuah pesawat ringan merempuh hangar ketika berlepas dari Lapangan Terbang Addison, Texas.
Pesawat dengan enjin berkembar Beechcraft BE-350 milik King Air itu terbakar sebaik sahaja melanggar hangar di lapangan terbang yang terletak kira-kira 24 kilometer di utara Dallas.
“Pesawat malang itu dijadualkan berlepas ke Florida dan tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kakitangan lain,” kata Timbalan Pengarah Lapangan Terbang Addison, Darci Neuzil.
Tambahnya, pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) dijangka tiba ke lokasi kejadian lewat hari ini.
Punca kejadian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kakitangan lain.
#Darci Neuzil #lapangan terbang #Lapangan Terbang Addison #pesawat ringan #terhempas #Texas