Sekurang-kurangnya sepuluh dilaporkan terkorban dalam siri serangan di wilayah barat Herat dekat Afghanistan.

Menurut pihak berkuasa, sembilan pekerja pembinaan dan seorang anggota keselamatan maut dalam keganasan dekat daerah Karuhkh.

Serangan dilakukan pada lewat petang di mana penyerang turut menggunakan pelancar grenade selain melepaskan tembakan.

Ia mensasarkan pekerja yang terbabit dengan projek pembinaan yang dibangunkan syarikat Jerman dan Afghanistan di kawasan jalan raya berhampiran ibu wilayah Badghis.

Projek pembinaan di negara berkenaan yang menerima dana asing sering menjadi sasaran serangan kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Taliban.

Serangan dilaporkan meningkat menjelang pengunduran
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera asing pada tahun depan.

Mengikut perjanjian selepas 2014, pihak berkuasa Afghanistan bertanggungjawab sepenuhnya dengan keselamatan negara itu.