Lebih 100 orang terbunuh selepas feri yang dinaiki mereka terbalik dan tenggelam di Tasik Victoria, Tanzania pada Khamis.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan jumlah kematian mungkin meningkat berikutan masih ramai lagi yang masih hilang.

Usaha mencari dan menyelamat masih lagi giat diteruskan ketika ini.

Bagaimanapun pihak berkuasa setakat ini mengesahkan lebih 37 mangsa feri MV Nyerere itu berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa masih belum pasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Feri berkenaan dilaporkan sering membabwa penumpang berlebihan sehingga mencecah ratusan orang pada satu ketika.

Komander polis Mwanza, Jonathan Shanna berkata setakat ini mangsa yang ditemui tidak membabitkan warga asing.

Pada tahun 1996, lebih daripada 800 orang terbunuh apabila feri MV Bukoba tenggelam di tasik tersebut.