awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,000 tan makanan sedia menanti di sempadan, tunggu masa masuk Gaza

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2023
22:00 MYT
1,000 tan makanan sedia menanti di sempadan, tunggu masa masuk Gaza
Sukarelawan dari Mesir berhimpun sesama mereka di samping barisan trak yang membawa bantuan kemanusiaan untuk dibawa masuk dari Rafah ke Gaza. - Foto REUTERS
RAFAH: Pintu lintasan Rafah ke Gaza akan dibuka selama beberapa jam pada hari ini (Jumaat) untuk membenarkan penghantaran bantuan yang diperlukan, lapor media Mesir.
Lebih daripada 100 trak yang membawa bantuan telah beratur selama beberapa hari di sempadan Mesir - Palestin, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru untuk bantuan segera kepada penduduk Gaza.
"Kami mempunyai lebih daripada 1,000 tan metrik makanan di sempadan Mesir di Rafah," Aline Rumonge, ketua rantaian bekalan di Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memberitahu BBC.
Beliau turut memberitahu program BBC Radio 4 PM, sekitar 60 trak diperlukan untuk mengangkut jumlah makanan tersebut dan mencukupi untuk memberi makan kepada hampir setengah juta orang selama seminggu.
Beliau menjelaskan, apabila trak tersebut melintasi sempadan, mereka akan bersedia untuk mengangkut makanan ke tempat perlindungan dan tempat-tempat lain di mana makanan diperlukan.
"Setelah makanan berada di dalam Gaza, organisasi kemanusiaan harus diberikan akses penuh kepada orang yang memerlukan," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#bekalan makanan
#Rafah ke Gaza
#rakyat Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan