11 askar Libya terbunuh serangan bom kereta di Benghazi

Agensi
Julai 7, 2016 10:21 MYT
Ahmed el-Mesmari yang merupakan salah seorang tentera di bawah pentadbiran Haftar. - Gambar AFP/Abdullah Doma
Sebelas askar Libya terkorban dalam satu letupan bom di bandar bekas perang, Benghazi ketika warga Islam sedang sembahyang berjemaah pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sebelum ini, Benghazi pernah dibedil bom beberapa kali semenjak pihak askar di bawah pentadbiran Jeneral Khalifa Haftar mengusir pejuang-pejuang Islam dari ibu negara Libya itu awal tahun ini.
Haftar menolak pelawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mewujudkan sebuah kerajaan bersatu di Tripoli, dengan alasan beliau hanya akan menerima arahan daripada kerajaan yang berpusat di Tobruk.
Letupan pada Rabu adalah susulan serangan yang mensasarkan seorang ketua keselamatan dan telah mengorbankan dua individu pada Ahad. Serangan pada 24 Jun telah menyebabkan empat orang awam terkorban.
Dalam perkembangan lain, jurucakap pasukan tentera khas di bawah Haftar, Ahmed al-Mesmari mengesahkan sebuah jet pejuang MiG-23 terhempas di bahagian barat Benghazi pada Rabu.
“Jet tersebut disebabkan oleh kerosakan teknikal,” kata al-Mismari kepada AFP.
#Hari Raya Aidilfitri #Libya #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu #serangan