11 bayi baru lahir maut kebakaran hospital

Astro Awani
Mei 26, 2022 01:00 MYT
Insiden kebakaran di wad neonatal itu berlaku di sebuah hospital di bandar Tivaouane, kira-kira 120km dari bandar Dakar. - Gambar hiasan
DAKAR: Sekurang-kurangnya 11 bayi baru dilahirkan dilaporkan maut dalam insiden kebakaran di Dakar, Senegal.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Macky Sall menerusi ciapan di Twitter rasminya.
Jelasnya, laporan yang diterima oleh pihaknya memaklumkan insiden kebakaran di wad neonatal itu berlaku di sebuah hospital di bandar Tivaouane, kira-kira 120km dari bandar Dakar.
"Saya baru sahaja dimaklumkan berita mendukacitakan berkenaan kematian 11 bayi yang baru dilahirkan di wad neonatoloogi di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane.
"Kepada ibu dan keluarga yang terlibat yang kehilangan bayi mereka dalam insiden itu, saya mengucapkan takziah," katanya.

Je viens d'apprendre avec douleur et consternation le décès de 11 nouveaux nés, dans l'incendie survenu au service de néonatalogie de l'hôpital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh de Tivaouane. A leurs mamans et et à leurs familles, j'exprime ma profonde compassion.

— Macky Sall (@Macky_Sall) May 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarangan kenyataan berhubung insiden tersebut.
Dalam pada itu Menteri Kesihatan Senegal, Abdoulaya Diouf Sarr berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat litar pintas.
Sarr, yang kini berada di Geneva bagi menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75, turut memaklumkan beliau akan pulang ke Senegal serta-merta.
Sementara itu Datuk Bandar Tivaouane, Demba Diop Sy berkata, anggota polis dan pasukan bomba masih di tempat kejadian tanpa memberi butiran lanjut.
#kebakaran #Senegal #bayi #Macky Sall