11 buruh maut dalam letupan bom di barat laut Pakistan

Bernama
Ogos 20, 2023 09:40 MYT
Menurut laporan, letupan di kawasan Shawal di daerah itu meletupkan kenderaan yang sedang membawa sekumpulan buruh. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 buruh maut, dua cedera manakala tiga lagi hilang dalam letupan bom di daerah Waziristan Utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan, lapor pasukan penyelamat pada Ahad.
Menurut laporan, letupan di kawasan Shawal di daerah itu meletupkan kenderaan yang sedang membawa sekumpulan buruh.
Berikutan letupan itu, agensi penguatkuasaan undang-undang tiba ke lokasi dan menutup kawasan itu, kata pasukan penyelamat.
Dua mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal, kata pasukan penyelamat, sambil menambah seramai 16 orang buruh berada di dalam kenderaan malang itu.
--BERNAMA-XINHUA
#letupan bom #Pakistan #Waziristan Utara #Shawal