DUNIA
11 hilang bot laju terbalik di perairan Pulau Mentawai
Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh pihak berkuasa tempatan, namun bot tidak kelihatan di lokasi dan usaha mencari serpihan serta mangsa masih diteruskan. - Gambar/ Agensi
JAKARTA: Seramai 11 orang dilaporkan hilang manakala tujuh lagi terselamat selepas sebuah bot laju terbalik di perairan Pulau Mentawai, wilayah Sumatera Barat, Indonesia pada Isnin, menurut Ketua Unit Kecemasan Pejabat Mencari dan Menyelamat Tempatan, Dio Ulwi Finanda.
Ringkasan AI
Beliau berkata bot berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Sikakap menuju ke Pulau Sipora, kedua-duanya terletak dalam gugusan Kepulauan Mentawai.
"Kejadian berlaku sekitar 11 pagi waktu Jakarta. Namun, tujuh penumpang berjaya berenang ke darat," katanya kepada Xinhua awal pagi Selasa.
Susulan laporan insiden itu, pihak berkuasa mencari dan menyelamat (SAR) mengerahkan sebuah bot dan sebuah kapal bersama anggota penyelamat ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, bot laju itu tidak lagi kelihatan ketika pasukan tiba di kawasan terbabit.
"Usaha mencari serpihan bot dan mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan. Setakat ini, belum ada penemuan," kata Finanda.
Operasi SAR dijadual disambung semula pada Selasa. Punca kejadian masih belum diketahui.
Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia mengeluarkan amaran berhubung keadaan cuaca ekstrem di perairan negara itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebuah bot laju terbalik di perairan Pulau Mentawai, Sumatera Barat menyebabkan 11 orang hilang dan tujuh terselamat, dengan kejadian berlaku ketika bot dalam perjalanan dari Pulau Sikakap ke Pulau Sipora.
- Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh pihak berkuasa tempatan, namun bot tidak kelihatan di lokasi dan usaha mencari serpihan serta mangsa masih diteruskan.
- Agensi Meteorologi Indonesia mengeluarkan amaran cuaca ekstrem di perairan negara itu, sementara punca kejadian masih belum diketahui dan operasi SAR disambung semula pada Selasa.