awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden

Bernama
Bernama
05/02/2025
05:00 MYT
11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
Polis belum mendedahkan sebarang kemungkinan motif serangan.- Foto AP
COPENHAGEN: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik kenyataan pihak polis.

Ringkasan AI
  • Kira-kira 10 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Orebro, termasuk suspek yang dipercayai turut maut.
  • Insiden berlaku sekitar tengah hari di sebuah pusat pendidikan dewasa di Orebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm.
  • Ketua Polis Orebro mengesahkan suspek adalah seorang lelaki, namun motif serangan belum didedahkan. Pengetua sekolah melaporkan pelajar berlari menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi tembakan.

Jurucakap polis memaklumkan bahawa suspek dipercayai turut berada dalam kalangan mereka yang maut.
Insiden berlaku sekitar tengah hari di sebuah pusat pendidikan dewasa di Orebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Ketua Polis Orebro, Roberto Eid Forest dalam sidang media sebelum ini mengesahkan bahawa suspek adalah seorang lelaki.
Bagaimanapun, polis belum mendedahkan sebarang kemungkinan motif serangan.
Dalam temu bual bersama penyiar radio SVT, pengetua sekolah Ingela Back Gustafsson berkata sekumpulan pelajar berlari melintasinya sambil menjerit agar semua orang meninggalkan kawasan sekolah.
"Sebaik tiba di taman permainan, saya terdengar bunyi tembakan, sangat dekat. Kami lari menyelamatkan diri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Sweden
#Orebro
#11 maut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan