awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam

Bernama
Bernama
19/12/2024
09:34 MYT
11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam
Kebakaran kafe itu yang terkenal dengan aktiviti nyanyian dengan pantas merebak ke sebuah rumah berhampiran. - X: @ngahpham
HANOI: Kebakaran di sebuah kafe di ibu negara Vietnam, Hanoi telah meragut 11 nyawa pada Rabu malam.
Menurut media tempatan, kebakaran kira-kira 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol, lapor Xinhua.
VnExpress melaporkan kebakaran kafe itu yang terkenal dengan aktiviti nyanyian dengan pantas merebak ke sebuah rumah berhampiran.
Polis menemukan 11 mayat dan menyelamatkan tujuh yang lain, dengan lima mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil manakala dua lagi dimasukkan ke hospital.
Polis daerah Bac Tu Liem mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 51 tahun yang dipercayai suspek dalam kebakaran kafe itu, lapor Agensi Berita Vietnam.
Polis telah memulakan prosiding undang-undang terhadap suspek yang tinggal di daerah Dong Anh di Hanoi dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Suspek mengaku selepas bertengkar dengan kakitangan kafe, dia membeli petrol dan mencurahkannya ke tingkat satu kafe.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kafe terbakar
#Hanoi
#11 maut
#bom petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan