DUNIA
11 stesen minyak diserang serentak di tiga wilayah selatan Thailand
Pihak keselamatan telah meningkatkan tahap kawalan di kawasan kejadian dan berdekatan ke peringkat tertinggi. - Gambar/ Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4
PATTANI: Sebanyak 11 stesen minyak di tiga wilayah selatan Thailand diserang serentak dengan bahan letupan dalam satu perbuatan khianat pada awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Markas Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati serangan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata bertopeng yang menyasarkan lima stesen minyak PTT di Narathiwat, empat di Yala dan dua lagi di Pattani pada kira-kira 1.10 pagi.
ISOC 4 berkata pasukan keselamatan termasuk polis, tentera dan jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan serta memadamkan kebakaran sejurus selepas kejadian.
Susulan kejadian itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap kawalan di kawasan kejadian dan berdekatan ke peringkat tertinggi.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Serangan serentak di 11 stesen minyak di selatan Thailand dilakukan oleh kumpulan bersenjata bertopeng pada awal pagi Ahad.
- Pasukan keselamatan termasuk polis, tentera, dan jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
- Pihak keselamatan telah meningkatkan tahap kawalan di kawasan berkenaan selepas kejadian, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.