ANKARA: Sekurang-kurangnya 11 wartawan terkorban dalam serangan udara besar-besaran tentera Israel di Semenanjung Gaza, kata Committee to Protect Journalists (CPJ) dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Seorang juruvideo Reuters terbunuh pada Jumaat dalam serangan Israel di selatan Lubnan.
Dua lagi wartawan televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Doha cedera dalam serangan itu.
"Dalam tujuh hari pertama pertempuran, sekurang-kurangnya 11 wartawan terbunuh, dua hilang dan dua lagi cedera.
"Pada 13 Okt, seorang wartawan yang berpangkalan di Beirut terbunuh semasa serangan tentera Israel di selatan Lubnan," kata CPR lapor Agensi Anadolu.
CPJ berkata wartawan di Gaza berdepan risiko tinggi semasa membuat liputan mengenai konflik di tengah-tengah serangan udara yang berterusan.
"CPJ menekankan bahawa wartawan adalah orang awam yang melakukan kerja penting semasa krisis dan tidak boleh menjadi sasaran pihak yang bertelagah.
"Wartawan membuat pengorbanan besar dengan membuat liputan konflik di seluruh rantau ini. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan mereka mesti diambil oleh semua pihak untuk menghentikan angka kematian yang besar ini," kata penyelaras program Asia Barat dan Afrika Utara CPJ, Sherif Mansour.
- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023

CPJ berkata wartawan di Gaza berdepan risiko tinggi semasa membuat liputan mengenai konflik di tengah-tengah serangan udara yang berterusan. - Gambar/ Reuters

Ahli Pandu Puteri perlu manfaatkan teknologi - Dr Wan Azizah
Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk melaksanakan lebih banyak program berimpak tinggi.
ASEAN 2025 | 21 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik

'Sejak jadi pemain Indonesia, dia fikir dia bintang dunia'
Bekas pemain Twente, Kenneth Perez, beranggapan pemain warisan baharu Indonesia, Mees Hilgers, sebagai 'tidak waras' selepas pemain itu mempamerkan aksi kurang memberansangkan.

Panama tegaskan keneutralan Terusan Panama di Majlis Keselamatan PBB
Terusan Panama kekal neutral secara berterusan supaya dalam masa aman dan juga perang, ia kekal selamat dan terbuka untuk laluan.

UNIFIL suarakan kebimbangan terhadap kematian orang awam di selatan Lubnan
Tentera Israel telah mengarahkan pancaran laser ke arah anggota pengaman PBB yang sedang menjalankan operasi di Sektor Barat.
Hasil bukan cukai meningkat 80% tahun 2024
Pertumbuhan aktiviti penerokaan dan perniagaan perlombongan di Kemboja telah menyumbang hampir USD$100 juta dalam hasil bukan cukai pada tahun 2024 sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 79 peratus berbanding tahun 2023.
Jambatan baharu Sungai Mekong bakal dibuka hujung tahun
Jambatan Persahabatan Lao-Thai Kelima yang menghubungkan wilayah Borikhamxay di Laos dan Bueng Kan di Thailand dijangka dibuka kepada trafik hujung tahun ini — lebih awal daripada jadual asal.
Pantau Agenda Reformasi: Jawatankuasa Khas konflik manusia dan gajah, usaha proaktif perhilitan
Bersama Dato' Abdul Kadir Abu Hashim, Ketua Pengarah Perhilitan membincangkan tentang konflik antara haiwan liar dan manusia.

PRN Sabah: Warisan tanding solo, guna logo sendiri
Parti Warisan menegaskan akan bertanding secara solo dengan menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Australia-Malaysia terajui usaha perdagangan bebas serantau
Australia giat memperkukuh hubungan dagangan dengan negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, bagi menghadapi ketidaktentuan dasar tarif Amerika Syarikat.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.