112 rakyat Palestin maut dalam tempoh 24 jam lepas

Bernama
Februari 16, 2024 20:00 MYT
Gambar fail menunjukkan warga Palestin bersedih di atas kematian ahli keluarga mereka susulan serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 20 Disember tahun lalu. - Gambar AP
GAZA: Seramai 112 penduduk Palestin maut angkara kekejaman tentera penceroboh Israel manakala 157 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Jumlah korban yang direkodkan sejak Israel mula menceroboh Gaza pada 7 Okt meningkat kepada 28,775 dan 68,552 lagi cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Sumber itu berkata, beberapa mangsa masih hilang di bawah runtuhan dan di jalanan, berikutan tentera Israel menghalang ambulans dan pasukan penyelamat daripada menjalankan tugas mereka. - BERNAMA
#WAFA #Gaza #Israel #Perang Palestin-Israel