Sekurang-kurangnya 12 orang meninggal dunia akibat hipotermia dalam seminggu di ibu negara Nepal, Kathmandu apabila suhu sejuk menurun ke paras bawah 0 darjah Celsius.
Superintenden polis BP Pokhrel berkata 12 orang ditemukan mati di tempat berasingan di Kathmandu dalam tempoh seminggu akibat suhu sejuk melampau.
Pokhrel, yang juga jurucakap Pejabat Polis Metropolitan Kathmandu, berkata mereka yang mati merupakan golongan miskin dan gelandangan yang tinggal di tempat awam dan kaki lima, atau mangsa gempa bumi yang tinggal dalam khemah berikutan rumah mereka musnah dalam kejadian gempa bumi 25 April.
Polis percaya lebih banyak kematian di seluruh negara berikutan suhu sejuk melampau yang berlaku sejak seminggu lepas.
Pokhrel berkata banyak daripada mangsa gempa bumi tinggal sama ada dalam khemah atau pondok sementara dan mereka lebih terdedah kepada suhu amat sejuk.
Menurut Jabatan Hidrologi dan Meteorologi (DHM), suhu minimum turun ke paras 0 darjah Celsius sejak seminggu lepas, yang terendah pada tahun ini, dan juga yang terendah dicatatkan dalam tempoh dua tahun.
Suhu terendah dicatatkan tahun lepas 1.4 darjah Celsius, menurut pegawai DHM Shanti Kandel.
"Kami akan menyaksikan suhu turun ke paras lebih rendah lagi bagi sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu lagi," katanya.
Kerajaan telah mula mengagihkan selimut dan pakaian panas kepada mangsa gempa bumi untuk menyelamatkan mereka daripada kesejukan, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Laxmi Prasad Dhakal.
Katanya mangsa gempa bumi terdiri daripada kanak-kanak dan warga tua berisiko tinggi dan langkah khas diambil untuk melindungi mereka daripada kesejukan.
Bernama
Fri Dec 25 2015
Mereka yang mati merupakan golongan miskin dan gelandangan yang tinggal di tempat awam dan kaki lima, atau mangsa gempa bumi yang tinggal dalam khemah berikutan rumah mereka musnah dalam kejadian gempa bumi 25 April. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
12 mati akibat hipotermia di Nepal dalam seminggu
Sekurang-kurangnya 12 orang meninggal dunia akibat hipotermia dalam seminggu di ibu negara Nepal, Kathmandu apabila suhu sejuk menurun ke paras bawah 0 darjah Celsius.