INTERNATIONAL
12 maut, 23 cedera dalam nahas bas di Sumatera Barat

Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa. -Sinar Harian
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa.
- Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.
- Bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
"Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan," menurut kenyataan pusat itu, sambil memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami