awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut, 25 hilang bot karam di selatan India

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2019
22:39 MYT
12 maut, 25 hilang bot karam di selatan India
Seorang anggota polis berdiri di atas sebuah jambatan di tepi Sungai Godavari yang melimpah selepas hujan lebat di Nashik, India, 4 Ogos, 2019. REUTERS/Fail
Seramai 12 orang maut manakala 25 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot karam di selatan India, pada Ahad.
Menteri Dalam Negeri, Andra Pradesh M Sucharita berkata, terdapat 50 penumpang dan 11 kru, kesemuanya warga India, yang menaiki bot itu di Sungai Godavari.
Katanya, setakat ini, seramai 24 orang telah berjaya diselamatkan selepas operasi dilancarkan.
Kejadian berlaku berhampiran kampung Kachuluru di daerah Timur Godavari, yang terletak 380 kilometer di timur Hyderabad.
Bot itu sedang dalam perjalanan dari Singanapalli ke Papikondalu, sebuah tempat pelancongan yang terkenal.
Sucharita turut menyatakan, bot pelancong sebenarnya tidak dibenarkan beroperasi di laluan tersebut susulan kejadian banjir baru-baru ini.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap dalang yang terlibat," katanya. Dilaporkan, selain pelancong, penduduk di kawasan itu juga bergantung kepada bot dan feri untuk bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain di tebing Sungai Godavari.
Topic Berkaitan
#banjir
#bot karam
#Godavari
#India
#maut
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan