awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut, 30 cedera serangan udara AS ke atas Yaman

Agensi
Agensi
21/04/2025
01:50 MYT
12 maut, 30 cedera serangan udara AS ke atas Yaman
Seramai 12 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas serangan udara Amerika Syarikat (AS) mengenai pasar di kawasan kejiranan Farwah di ibu negara Yaman, Sanaa, pada Ahad. - Gambar Reuters
SANAA: Seramai 12 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas serangan Udara Amerika Syarikat (AS) di sebuah pasar di kawasan kejiranan Farwah di ibu negara Yaman, Sanaa, pada Ahad.
Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Houthi.
Dalam pada itu, satu rakaman video tular memaparkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan oleh pasukan penyelamat.
Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan 102 lagi cedera dalam serangan udara oleh tentera Amerika ke atas pelabuhan minyak Ras Isa, menurut laporan media yang berpihak kepada kumpulan Houthi.
Insiden tersebut menjadikan serangan berkenaan antara yang paling dahsyat pernah dilakukan oleh tentera AS di Yemen.
Stesen TV Al Masirah, yang dikendalikan oleh Houthi, melaporkan bahawa serangan itu menyebabkan ramai pekerja pelabuhan menjadi mangsa, termasuk pemandu lori yang sedang bertugas ketika kejadian berlaku. - Agensi
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#pasukan penyelamat
#Yaman
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan