12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil

Bernama
Oktober 30, 2023 10:39 MYT
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil. - Foto tangkap layar/AP
BOGOTA (Colombia): Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil, menurut pegawai.
Pesawat itu yang berlepas dari lapangan terbang Rio Branco terhempas di hutan hujan Amazon, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kerajaan pada Ahad.
Kesemua 12 penumpang meninggal dunia.
Syarikat penerbangan itu berkata pesawat berkenaan terbakar sebaik terhempas.
-- BERNAMA
#nahas pesawat #terhempas #Amazon #Brazil #Acre