DUNIA
12 maut dalam runtuhan bangunan di negeri Maharashtra, India
Anggota pasukan keselamatan membantu mengeluarkan mayat mangsa runtuhan pangsapuri empat tingkat di Maharashtra, India pada Rabu. - Gambar NDRF
NEW DELHI: Seramai 12 orang maut dalam runtuhan sebuah bangunan di negeri Maharashtra, India pada Rabu.
Insiden itu berlaku di kawasan Virar dekat daerah Palghar, kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri, Mumbai.
Menurut agensi berita Press Trust of India, enam mayat ditemukan di lokasi kejadian manakala enam lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di beberapa hospital.
Bangunan pangsapuri Ramabai setinggi empat tingkat itu dibina 14 tahun lalu dan sebelum ini telah diisytiharkan tidak selamat oleh pihak berkuasa majlis perbandaran tempatan, menurut laporan media.
Polis telah menahan jurubina bangunan itu.
Kejadian runtuhan bangunan di India bukan perkara luar biasa semasa musim monsun yang lazimnya berlaku dari Jun hingga September.
-- BERNAMA