awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 rakyat Malaysia terlibat kemalangan di India

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
16/09/2025
12:30 MYT
12 rakyat Malaysia terlibat kemalangan di India
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, semua mangsa telah menerima rawatan perubatan segera. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Seramai 12 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kodaikanal, Tamil Nadu, India, pada lewat petang Ahad lalu (14 September) apabila van pelancong yang mereka naiki terbabas di kawasan berbukit.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua mangsa telah menerima rawatan perubatan segera.
Jelas kenyataan itu, beberapa penumpang mengalami kecederaan ringan, manakala empat orang cedera serius namun tidak mengancam nyawa.
"Kesemua mereka sedang dirawat di hospital tempatan," jelas kenyataan itu.
Ujar kenyataan itu lagi, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, mangsa yang terlibat dan pihak hospital bagi memberikan bantuan konsular yang diperlukan.
"Pihak Konsulat juga menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kemalangan tersebut serta berhubung dengan mangsa selain membantu memudahcara urusan komunikasi antara mangsa yang terlibat dengan ahli keluarga mereka di Malaysia.
"Kementerian akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan akan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa," jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di India supaya berhati-hati sepanjang musim monsun, khususnya di kawasan berbukit yang terdedah kepada jalan licin dan tanah runtuh.
Pengembara juga digalakkan mendaftar dengan pejabat perwakilan Malaysia yang terdekat serta mengambil insurans perjalanan bagi memudahkan bantuan sewaktu kecemasan.
Untuk sebarang bantuan konsular, orang ramai boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India di talian telefon: +91 44 2433 4434 / +91 44 2433 4435 atau e-mel: [email protected]
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#kemalangan
#tanah runtuh
#musim monsun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami