awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 terbunuh dalam protes pro-Kurdish di Turki

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2014
03:26 MYT
12 terbunuh dalam protes pro-Kurdish di Turki
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan penunjuk perasaan pro-Kurdish.
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan ramai lagi cedera apabila ribuan penunjuk perasaan pro-Kurdish bertembung dengan pihak polis di seluruh Turki semalam, lapor AFP.
Lima orang menjadi korban keganasan tersebut di Diyarbakir iaitu Bandar terbesar di wilayah Tenggara negara itu yang majoritinya berbangsa Kurdish.
Kes kematian lain turut direkodkan di beberapa bandar lain iaitu tiga orang di Mardin, dua di Siirt dan seorang masing-masing di Batman dan Mus.
Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan protes di Istanbul dan Ankara.
Ribuan penunjuk perasaan pro-Kurdish menyertai protes yang dianjurkan Parti Demokratik Rakyat (HDP) ekoran Ankara yang lambat bertindak terhadap militan Negara Islam (IS) yang menyerang bandar sempadan Kobane di Syria.
Menteri Dalaman Turki, Efkan Ala menyelar penunjuk perasaan pro-Kurdish dengan menyifatkan mereka sebagai ‘mengkhianati negara mereka sendiri’ selain memberi amaran supaya bersurai atau menerima kemungkinan yang tidak dijangkakan.
Dalam protes yang bertukar menjadi tidak terkawal itu, insiden membakar kenderaan pihak polis, merosakkan harta benda awam, serangan terhadap pejabat kerajaan turut dilaporkan.
Pihak berkuasa tempatan telah menjalankan perintah berkurung di beberapa daerah yang majoritinya berbangsa Kurdish termasuk di Diyarbakir, Mardin, Siirt dan Van.
Bangsa Kurdish selama ini dikenali sebagai golongan yang tidak mesra dengan pihak berkuasa Turki.
PIhak berkuasa Turki pernah diberi peringatan bahawa kejatuhan Kobane ke tangan militan IS berkemungkinan menjejaskan rundingan damai antara Ankara dan Parti Pekerja Kurdistan.
Topic Berkaitan
#Ankara
#IS
#Kurdish
#protes
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan