DUNIA
12 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa, Lubnan
Israel terus melancarkan serangan ke atas Lubnan meskipun gencatan senjata November bertujuan menamatkan lebih setahun konflik antara Israel dan Hezbollah. - Foto fail/REUTERS
WADI FARA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di Lembah Bekaa, timur Lubnan, menurut kenyataan Gabenor wilayah tersebut, Bachir Khodr.
Ringkasan AI
Serangan itu disasarkan ke kawasan Wadi Fara, termasuk sebuah kem pelarian Syria, dan merupakan yang paling dahsyat sejak gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dimeterai pada November lalu.
Daripada jumlah korban, tujuh adalah warga Syria dan lima lagi dipercayai pejuang Hezbollah.
Tentera Israel menyatakan bahawa serangan itu menyasarkan kem latihan dan gudang senjata milik pasukan elit Hezbollah, Radwan Force, yang didakwa cuba membina semula kekuatan mereka untuk melancarkan serangan ke wilayah Israel.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyifatkan serangan itu sebagai “mesej jelas” kepada Hezbollah dan kerajaan Lubnan, yang menurutnya bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap perjanjian gencatan senjata.
“Israel akan bertindak balas dengan kekuatan maksimum terhadap sebarang cubaan membina semula keupayaan ketenteraan Hezbollah,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Tiada respons segera daripada pihak Hezbollah mahupun kerajaan Lubnan.
Namun, media milik Hezbollah mengutuk serangan tersebut sebagai pelanggaran kedaulatan dan perjanjian damai yang sedang berkuat kuasa.
Di bawah perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan pengantaraan Amerika Syarikat dan Perancis, Hezbollah diwajibkan menarik balik pejuangnya ke utara Sungai Litani, manakala Israel perlu menarik keluar tenteranya dari lima lokasi strategik di selatan Lebanon.
Namun, kedua-dua pihak didakwa telah melanggar syarat-syarat perjanjian tersebut secara berulang kali.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Serangan udara Israel di Lembah Bekaa, Lubnan, membunuh tujuh warga Syria dan lima pejuang Hezbollah, termasuk di kawasan kem pelarian Syria.
- Israel dakwa serangan menyasarkan pasukan elit Hezbollah yang sedang membina semula kekuatan.
- Serangan ini cetus kecaman dan didakwa melanggar syarat perjanjian damai yang dimeterai pada November lalu.