Mangsa banjir monsun yang melanda utara India meningkat kepada 120 orang.
Terdahulu, hujan lebat menenggelamkan ratusan rumah dan jalan yang mengakibatkan ramai mangsa maut dan ribuan lagi terkandas selepas monsun tahunan di selatan India itu membadai lebih awal dari jangkaan.
Tentera Udara India telah menggerakkan puluhan helikopter bagi melancarkan bantuan keselamatan di daerah Uttarakhand yang paling teruk terjejas.
Sumber rasmi kerajaan tempatan Dehradun berkata mereka amat terperanjat dengan skala bencana berkenaan.
"Setakat ini, kami menjumpai 54 mayat dan 17 lagi masih hilang," menurut sumber yang menguruskan bencana Piush Rautela kepada AFP.
"Situasi sangat teruk di luar sana. Lebih 600 bangunan terjejas atau dilanda badai manakala 75,000 orang lagi terkandas di merata tempat."
"Helikopter tentera bergegas menyelamatkan mangsa yang terkandas dalam aliran air deras.
"Beberapa kawasan masih tidak dapat diakses oleh pihak keselamatan," jelas beliau dalam bilik kawalan di Dehradun bagi memantau misi menyelamat.
Sumber tentera memberitahu lima pengkalan udara di utara India telah diaktifkan bagi mempercepatkan operasi menyelamat.
Kerajaan negeri kini bersedia untuk mengedarkan bungkusan makanan dan air minuman melalui helikopter ke kawasan terpencil.
Kira-kira 1,500 orang dan 150 pelancong asing terperangkap di daerah berkenaan yang terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Hujan lebat yang melanda awal tahun ini mengundang tanda tanya. Negara tersebut menerima 68 peratus lebih hujan pada tahun ini menurut data Jabatan Meteorologi India.
AFP
Wed Jun 19 2013
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
120 maut dalam monsun di India
Mangsa banjir monsun yang melanda utara India meningkat kepada 120 orang.