123 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt

Bernama
Februari 7, 2024 04:34 MYT
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian seorang wartawan yang juga Pengarah Pusat Penerangan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Rizq Al-Gharabli. -Gambar fail/Reuters
AMMAN: Seramai 123 wartawan Palestin telah terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, menurut pejabat kerajaan di wilayah terkepung itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (PETRA).
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian seorang wartawan yang juga Pengarah Pusat Penerangan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Rizq Al-Gharabli.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 27,585 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
#wartawan Palestin terbunuh #Gaza #Dr Rizq Al-Gharabli #Israel