[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

124,000 orang terpaksa berpindah dari Gaza dalam beberapa hari - UNRWA

Bernama 25/03/2025 | 12:00 MYT
UNRWA di Asia Barat melaporkan bahawa seramai 124,000 orang telah berpindah dari Semenanjung Gaza dalam tempoh hanya beberapa hari susulan serangan udara Israel yang semakin meningkat. - Foto AP/Abdel Kareem Hana
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat melaporkan bahawa seramai 124,000 orang telah berpindah dari Semenanjung Gaza dalam tempoh hanya beberapa hari susulan serangan udara Israel yang semakin meningkat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam hantaran di platform X malam tadi, UNRWA menyatakan: "124,000 orang di Gaza telah berpindah dalam hanya beberapa hari, terpaksa melarikan diri daripada serangan udara yang tidak berkesudahan. Keluarga membawa apa sahaja yang mereka ada tanpa tempat berlindung, tanpa keselamatan dan tanpa hala tuju."
Agensi itu memberi amaran bahawa kepungan berterusan telah menyekat semua bantuan kemanusiaan, menyebabkan kekurangan makanan yang kritikal serta kenaikan harga mendadak, sambil menyifatkan situasi di Gaza sebagai "malapetaka kemanusiaan".
"Kepungan ini mesti ditamatkan," tegas UNRWA.
Serangan udara yang diperbaharui sejak pagi Selasa lepas menandakan pelanggaran perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada 19 Disember melalui pengantaraan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
#UNRWA #Palestin #Gaza #berpindah #serangan udara Israel