awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,250 rakyat Malaysia hadiri Pesta Durian di Melbourne

Bernama
Bernama
05/11/2013
11:44 MYT
1,250 rakyat Malaysia hadiri Pesta Durian di Melbourne
Bau durian begitu ketara apabila kira-kira 1,250 rakyat Malaysia di Australia menikmati kelazatan "Raja Buah" itu pada Pesta Durian di sini Isnin malam.
Untuk menjayakan pesta ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuat penghantaran khas durian jenis D24 dan "Musang King" atas permintaan Konsul Jeneral Malaysia di sini.
Pesta berkenaan, yang berlangsung di Laman SP Setia Bhd di St Kilda Road di sini, turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
"Bagi rakyat Malaysia, durian lebih daripada sejenis buah, ia makanan istimewa kami," katanya.
Anifah, yang gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Malaysia pada pesta itu, juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Australia kerana memberi laluan kepada hasil pertanian Malaysia seperti durian memasuki pasaran negara ini.
Hidangan istimewa Malaysia lain seperti teh tarik, roti jala, roti canai dan sate turut disajikan pada pesta ini.
Konsul Jeneral Malaysia Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya pula melahirkan harapan agar pesta ini dijadikan acara tahunan.
Topic Berkaitan
#Australia
#durian
#FAMA
#Melbourne
#pesta durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan