126 terkorban, gempa bumi dahsyat landa Gansu

Agensi
Disember 19, 2023 12:50 MYT
Pusat gempa dikesan di Wilayah Autonomi Linxia Hui, dengan kedalaman 10 kilometer - Foto/fail
GEMPA bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda wilayah pergunungan Gansu di barat laut China pada tengah malam Isnin.
Insiden itu, yang disifatkan sebagai paling dahsyat dalam tempoh beberapa tahun turut menggegarkan Qinghai.
Pusat gempa dikesan di Wilayah Autonomi Linxia Hui, dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut Reuters, sekurang-kurangnya 126 orang terbunuh dalam gempa bumi berkenaan.
Angka kematian dijangka meningkat, dengan lebih 700 dilaporkan cedera.
Dalam perkembangan sama, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beberapa pengunjung restoran dilihat berlahri keluar ketika gempa bumi melanda.
Sementara itu pihak berkuasa tempatan melaporkan kira-kira 10 gegaran susulan berlaku.
#gempa bumi #gansu #China #mangsa korban