13 banduan maut rusuhan penjara di Ecuador

Sinar Harian
Julai 19, 2022 04:50 MYT
Insiden itu berlaku di penjara Bellavista di bandar Santo Domingo de los Colorados, kira-kira 80 kilometer dari Quito. - Gambar hiasan
QUITO: Seramai 13 banduan terbunuh dan dua lagi cedera pada Isnin dalam satu lagi pergaduhan berdarah di penjara Ecuador.
Insiden itu berlaku di penjara Bellavista di bandar Santo Domingo de los Colorados, kira-kira 80 kilometer dari Quito.
Pada Mei lalu, seramai 44 banduan terbunuh dalam pergaduhan berdarah di dalam penjara tersebut.
Pegawai penjara dibantu oleh anggota tentera dan polis dapat mengawal semula kemudahan itu, kata pihak berkuasa penjara negara tersebut.
Kira-kira 220 banduan melarikan diri dari penjara semasa rusuhan Mei tetapi kebanyakan mereka telah ditangkap semula.
Rusuhan penjara yang kejam adalah perkara biasa di Ecuador yang mana kumpulan dadah berebut-rebut untuk mengawal laluan penyeludupan. -Sinar Harian memetik laporan agensi
#rusuhan #penjara Bellavista #Ecuador #pergaduhan berdarah