DUNIA
1.3 juta dijangkiti HIV pada 2024 di tengah-tengah pemotongan dana - WHO
WHO menggesa kerajaan untuk mengintegrasikan perkhidmatan HIV ke dalam penjagaan kesihatan primer, meningkatkan pelaburan domestik dan melindungi hak populasi utama. - Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran seramai 1.3 juta orang dijangkiti HIV pada 2024, menekankan kelembapan ketara dalam usaha pencegahan global kerana pemotongan bantuan asing mengganggu rawatan, ujian dan program yang dipimpin oleh komuniti di seluruh dunia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Sempena Hari AIDS Sedunia, WHO berkata tindak balas AIDS global mencapai "persimpangan kritikal," dengan jangkitan baharu yang secara tidak seimbang menjejaskan komuniti yang paling terdedah di dunia.
"Kami menghadapi cabaran yang signifikan, dengan pemotongan kepada dana antarabangsa dan pencegahan yang terbantut," kata Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus. "Pada masa yang sama, kami mempunyai peluang yang signifikan ... memperluas akses kepada alat baharu harus menjadi keutamaan nombor satu."
Agensi kesihatan PBB itu memberi amaran yang stigma, diskriminasi dan halangan undang-undang terus menghalang orang yang paling berisiko daripada mengakses penjagaan kesihatan.
Secara global, dianggarkan 40.8 juta orang hidup dengan HIV pada 2024 dan 630,000 orang meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan HIV.
Menurut WHO, pengurangan mendadak dalam dana antarabangsa tahun ini memberi kesan yang "teruk dan serta-merta". Perkhidmatan pencegahan, ujian dan rawatan dikurangkan atau digantung di beberapa negara.
Gabungan Advokasi Vaksin AIDS menganggarkan yang 2.5 juta orang yang menggunakan PrEP pada 2024 kehilangan akses pada 2025 disebabkan semata-mata oleh pemotongan dana penderma, langkah kebelakang yang dikatakan WHO boleh memberi kesan jangka panjang.
Di sebalik krisis dana, agensi kesihatan itu menonjolkan kemajuan signifikan pada 2025 dengan pengenalan lenacapavir (LEN), suntikan dua kali setahun yang sangat berkesan dan diluluskan oleh WHO sebagai pilihan profilaksis prapendedahan baharu.
Direka untuk orang yang sukar dengan ubat oral harian atau menghadapi stigma di kemudahan kesihatan, lenacapavir mewakili "campur tangan transformatif," menurut WHO.
Agensi itu meluluskan ubat itu pada 6 Okt, membuka jalan bagi kelulusan pantas di Afrika Selatan, Zimbabwe, dan Zambia.
"Kami memasuki era baharu inovasi yang berkuasa dalam pencegahan dan rawatan HIV," kata Dr Tereza Kasaeva, pengarah jabatan HIV, TB, Hepatitis dan STI WHO. "Tetapi tanpa tindakan dan pelaburan segera, berjuta-juta orang tidak akan mendapat manfaat daripada kemajuan ini."
WHO menggesa kerajaan untuk mengintegrasikan perkhidmatan HIV ke dalam penjagaan kesihatan primer, meningkatkan pelaburan domestik dan melindungi hak populasi utama.
Walaupun terdapat gangguan semasa, agensi itu memaklumkan keazaman komuniti yang terjejas kekal penting untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan awam.
"Mengatasi gangguan dan mengubah tindak balas AIDS," kata WHO, sambil menjelaskan ia memerlukan solidariti global dan penggunaan inovasi yang pantas yang dapat mencegah sejuta jangkitan seterusnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- WHO memberi amaran 1.3 juta orang dijangkiti HIV pada 2024, disebabkan pemotongan bantuan asing yang mengganggu rawatan dan ujian.
- Agensi kesihatan menekankan stigma, diskriminasi, dan halangan undang-undang sebagai faktor utama yang menghalang orang berisiko mendapat penjagaan kesihatan.
- WHO memperkenalkan lenacapavir sebagai profilaksis prapendedahan baharu yang berkesan, namun pemotongan dana penderma boleh menghalang akses kepada perkhidmatan kesihatan HIV.