13 maut dalam letupan kilang keluli di Indonesia

Bernama
Disember 24, 2023 10:19 MYT
Kejadian berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di relau milik Tsingshan Stainless Steel. - X Meta Indonesia
JAKARTA: Seramai 13 pekerja maut manakala 38 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang keluli di Pulau Sulawesi, Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kejadian berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di relau milik Tsingshan Stainless Steel.
Antara mangsa terbunuh termasuk lima pekerja asing dari China, kata ketua polis.
Jurucakap perindustrian memaklumkan bahawa letupan berlaku ketika kerja-kerja membaiki dan memasang plat pada relau dilakukan.
"Berdasarkan siasatan awal, cecair di bahagian bawah relau menyebabkan letupan dan ia berlaku semasa proses pembaikan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#letupan #kulang keluli #Sulawesi #tsinghan stainless steel