awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 maut, lebih 250 cedera kebocoran gas di pelabuhan Jordan

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2022
01:00 MYT
13 maut, lebih 250 cedera kebocoran gas di pelabuhan Jordan
Rakaman CCTV menunjukkan letupan gas klorin sejurus tangki terjatuh dari kren di Pelabuhan Aqaba. -Foto AP
AQABA: Sekurang-kurangnya 13 terkorban manakala lebih 250 lagi cedera selepas terhidu gas klorin di Pelabuhan Aqaba di Jordan pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, penduduk di kawasan sekeliling diarah menutup tingkap dan kekal di rumah.
Insiden kebocoran gas itu dipercayai berlaku ketika sebuah tangki berisi 25 tan gas klorin terjatuh dari kren semasa proses memuat barang dalam kapal.
Kejadian turut menyebabkan satu letupan di kawasan berkenaan.
Tangki gas klorin itu dijadual dieksport ke Djibouti.
Klorin sering digunakan sebagai agen disinfektan serta dalam proses penyulingan air, namun jika dihidu, gas berkenaan akan bertukar menjadi asid hidroklorik yang boleh menyebabkan organ dalaman terbakar.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Maritim Jordan, Jeneral Muhammad Salman, trafik di Pelabuhan Aqaba tidak dihentikan, namun kapal-kapal dinasihati tidak menghampiri kawasan kejadian.
"Kami meminta kapal-kapal berdekatan dengan kawasan letupan tangki untuk tidak menghampiri kawasan tersebut," katanya.
Pelabuhan Aqaba yang terletak di kawasan utara Laut Merah merupakan laluan utama barangan import dan eksport Iraq.
Ketika ini satu pasukan khas sedang mengendalikan insiden kebocoran gas tersebut, kata Perkhidmatan Pertahanan Sivil dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasmi.
Perdana Menteri Bisher al-Khasawneh tiba di Aqaba bagi melawat mangsa yang dirawat di hospital.
Beliau turut mengarahkan pasukan siasatan khas yang diketuai Menteri Dalam Negeri bagi menyiasat punca kejadian.
Topic Berkaitan
#kebocoran gas
#gas klorin
#Pelabuhan Aqaba
#asid hidroklorik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan