[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

13 maut ribut landa Argentina

Bernama 17/12/2023 | 11:43 MYT
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh susulan ribut membadai bandar pelabuhan Bahia Blanca di Argentina. - Gambar hiasan/AP
BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh susulan ribut membadai bandar pelabuhan Bahia Blanca di Argentina, kata pihak berkuasa pada Sabtu, lapor Xinhua.
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung di sebuah kelab sukan yang menganjurkan pertandingan meluncur runtuh, menurut pejabat datuk bandar.
"Perkhidmatan kecemasan mengesahkan 13 orang yang berada di kelab Bahiense del Norte terbunuh," menurut majlis perbandaran itu dalam satu kenyataan.
Angin dengan kelajuan lebih 140 kilometer sejam telah direkodkan di bandar itu.
-- BERNAMA
#ribut #pelabuhan Bahia Blanca #Argentina #hujan lebat