awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur

Bernama
Bernama
05/12/2023
03:50 MYT
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Walaupun pasukan keselamatan India ditempatkan dalam bilangan yang besar di Manipur, keganasan tetap berlaku di negeri itu dari masa ke masa. - Foto X/Binalakshmi Nepram
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India pada petang Isnin.
Pertempuran itu berlaku di kampung Leithu di daerah Tengnoupal berhampiran sempadan Myanmar.
"Sekumpulan militan dalam perjalanan ke Myanmar diserang hendap oleh satu lagi kumpulan pemberontak yang dominan di kawasan itu," Agensi Berita PTI memetik kenyataan seorang pegawai yang tidak dinamakan.
Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Keganasan etnik antara kumpulan majoriti Meitei dan minoriti suku kaum Kuki-Zo di Manipur meletus pada Mei lepas.
Walaupun pasukan keselamatan India ditempatkan dalam bilangan yang besar di Manipur, keganasan tetap berlaku di negeri itu dari masa ke masa.
Komuniti Kuki-Zo baru-baru ini mengadakan protes jalanan untuk menuntut pentadbiran berasingan bagi kawasan yang dikuasai etnik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan
#kumpulan militan
#kumpulan pemberontak
#Kuki-Zo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan