[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

14 cedera dalam letupan di kilang logam Ohio

Astro Awani 21/02/2023 | 00:10 MYT
Letupan di kilang pembuatan I Schumann & Co di bandar Bedford, dekat Cleveland itu menyebabkan logam cair dan serpihan menghujani bangunan berhampiran. -Reuters
COLUMBUS: Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan cedera dalam letupan di sebuah kilang logam di Ohio, Amerika Syarikat (AS).
Letupan di kilang pembuatan I Schumann & Co di bandar Bedford, dekat Cleveland itu menyebabkan logam cair dan serpihan menghujani bangunan berhampiran.
Kepulan asap yang menjulang tinggi dapat dilihat dari jauh ketika jentera bomba bergegas ke lokasi.
Menurut ketua bomba Oakwood Brian DiRocco, kebanyakan mangsa cedera ringan dengan hanya seorang berada dalam keadaan kritikal.
#kilang logam #I Schumann & Co #logam cair #letupan