14 cedera dirempuh, diserang lelaki berpakaian serba hitam di Seoul

Astro Awani
Ogos 4, 2023 00:10 MYT
Anggota polis mengepung kawasan kejadian yang berlaku di stesen kereta api bawah tanah di Seoul, Korea Selatan pada Khamis. - Foto AP
SEOUL: Sekurang-kurangnya 14 individu cedera selepas diserang seorang lelaki di ibu negara Korea Selatan, Seoul pada Khamis.
Suspek dikatakan telah merempuh lima individu menggunakan kenderaannya sebelum keluar dan menyerang sembilan lagi menggunakan pisau di sebuah pusat membeli-belah.
Kejadian berlaku di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Seongnam.
Suspek berusia dalam lingkungan 20 tahun itu berjaya ditahan namun punca kejadian masih dalam siasatan.
Kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital susulan kejadian dengan sebilangan daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Media tempatan menyifatkan serangan itu sebagai 'amukan radikal' `berdasarkan tindakan lelaki itu yang memakai serba hitam.
Insiden ini berlaku hampir dua minggu selepas seorang maut manakala tiga lagi cedera akibat diserang seorang lelaki menggunakan pisau di Seoul.
#serangan #rempuh #pisau #Amukan