[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

14 cedera, enam terperangkap, jambatan runtuh di Taiwan

Astro Awani 02/10/2019 | 00:15 MYT
Imej dari video Agensi Berita Tentera Taiwan menunjukkan Jambatan Nanfangao yang runtuh di Taiwan, 1 Oktober 2019. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya 14 cedera apabila Jambatan Nanfangao sepanjang 140 meter berdekatan sebuah pelabuhan di timur laut Taiwan runtuh, pada Selasa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan di Suao, sebuah perkampungan nelayan kecil di pantai Pasifik, dalam daerah Yilan.
Jambatan tersebut turut menimpa beberapa bot nelayan sehingga menyebabkan enam anak kapal terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut pegawai kerajaan dari pelabuhan di bandar Suao, unit penyelam sedang mencari mangsa di dalam bot nelayan terbabit.
Sebuah helikopter tentera udara, kapal nelayan dan lebih 60 anggota tentera termasuk penyelam telah dikerah ke lokasi kejadian untuk usaha mencari dan menyelamat.
Menteri Dalam Negeri Hsu Kuo-yung berkata, lima orang dikhuatiri berada di atas jambatan ketika ia runtuh.
Menurutnya, setakat ini, 10 orang telah dibawa ke hospital untuk rawatan, termasuk enam yang cedera parah.
"Enam orang masih terperangkap di dalam bot dan misi menyelamat sedang diteruskan," kata Agensi Kebakaran Kebangsaan dalam satu kenyataan.
Foto AP
Foto AP
Foto AP
#anak kapal #bot #jambatan #Jambatan Nanfangao #kebakaran #mangsa #nelayan #pelabuhan #Suao #Taiwan