awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 kabupaten di Aceh masuk fasa peralihan kecemasan

Bernama
Bernama
10/01/2026
11:08 MYT
14 kabupaten di Aceh masuk fasa peralihan kecemasan
Aceh Tengah, Gayo Lues, Aceh Tamiang dan Pidie Jaya - kekal di bawah status tindak balas kecemasan, dengan status itu dilanjutkan kerana kerja-kerja pemulihan masih diteruskan. - GAmbar/ Reuters
JAKARTA: Pihak berkuasa bencana Indonesia memaklumkan bahawa 14 kabupaten di Aceh kini memasuki fasa peralihan kecemasan, menandakan kemajuan dalam pemulihan pascabencana susulan banjir dan tanah runtuh pada penghujung tahun lalu.

Ringkasan AI
  • 14 kabupaten di Aceh memasuki fasa peralihan kecemasan, tanda pemulihan susulan banjir dan tanah runtuh.
  • Empat kabupaten masih dalam status tindak balas kecemasan untuk pemulihan akses laluan dan pengagihan logistik.
  • Banjir dan tanah runtuh di Sumatera Utara dan Sumatera Barat menyebabkan 1,178 orang terkorban dan lebih 238,500 kehilangan tempat tinggal; operasi SAR diteruskan di Aceh.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata empat kabupaten - Aceh Tengah, Gayo Lues, Aceh Tamiang dan Pidie Jaya - kekal di bawah status tindak balas kecemasan, dengan status itu dilanjutkan kerana kerja-kerja pemulihan masih diteruskan.
"Ini merupakan kawasan yang masih kami berikan keutamaan bagi pemulihan akses laluan darat serta pengagihan logistik kepada masyarakat yang berada jauh dari pos pemerintahan kabupaten dan bandar," katanya dalam satu kenyataan.
Data BNPB menunjukkan Sumatera Utara dan Sumatera Barat turut dilanda banjir dan tanah runtuh pada akhir November tahun lalu, mengakibatkan 1,178 orang terkorban dan lebih 238,500 lagi hilang tempat tinggal.
Di peringkat wilayah, Abdul Muhari berkata Gabenor Aceh Muzakir Manaf telah melanjutkan status tindak balas kecemasan wilayah berkenaan untuk tempoh 14 hari lagi sehingga 22 Jan bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan.
Sementara itu, di Sumatera Utara dan Sumatera Barat, Abdul Muhari berkata kedua-dua wilayah berkenaan telah beralih ke fasa peralihan kecemasan dan menamatkan operasi SAR untuk mangsa.
Bagaimanapun, beliau berkata pasukan SAR kekal bersiap siaga sekiranya terdapat laporan baharu daripada orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Aceh
#banjir Sumatera
#darurat
#fasa peralihan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan