awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 maut, 187 cedera dalam kebakaran depoh kontena di Bangladesh

Bernama
Bernama
05/06/2022
04:57 MYT
14 maut, 187 cedera dalam kebakaran depoh kontena di Bangladesh
Kebakaran besar berlaku di sebuah depoh kontena persendirian di wilayah Chattogram tenggara Bangladesh pada Sabtu, membunuh 14 orang dan mencederakan 187 orang lagi. -Twitter
DHAKA: Kebakaran besar berlaku di sebuah depoh kontena persendirian di wilayah Chattogram tenggara Bangladesh pada Sabtu, membunuh 14 orang dan mencederakan 187 orang lagi.
SM Rashidul Haque, Penguasa Polis (SP) daerah Chattogram yang terletak kira-kira 242 km tenggara ibu kota Dhaka, memberitahu Xinhua pada Ahad pagi bahawa 14 orang meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Chattogram kerana melecur teruk di badan mereka.
Kebanyakan mangsa mengalami lecur ringan hingga teruk, dan keadaan kesihatan beberapa mangsa yang lain juga kritikal.
Seorang pegawai bomba, yang enggan namanya disiarkan, berkata sebanyak 16 unit pemadam kebakaran sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 8.00 malam waktu tempatan di BM Container Depot Ltd, sebuah syarikat gabungan Belanda-Bangladesh.
Beliau berkata kebakaran berlaku di kawasan kontena yang terletak di Sitakunda di pinggir bandar pelabuhan utama Chattogram di Bangladesh.
Menurut maklumat awal, kebakaran berlaku di sebuah kontena yang sarat dengan bahan kimia di perkarangan depoh itu.
Menurut pegawai bomba yang bertungkus lumus sepanjang malam memadamkan kebakaran, angka kematian berkemungkinan meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#depoh kontena
#Bangladesh
#Chattogram
#BM Container Depot Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan