14 maut bas bawa pasukan hoki bertembung trak di Kanada

Agensi
April 7, 2018 17:22 MYT
14 orang terbunuh apabila sebuah bas membawa pasukan hoki junior Humboldt Broncos bertembung dengan sebuah trak. - Foto Twitter/Vandecision
EMPAT belas orang terbunuh apabila sebuah bas membawa pasukan hoki junior Humboldt Broncos bertembung dengan sebuah trak di Saskatchewan, Kanada.
Kejadian pada lewat Jumaat itu turut menyaksikan 14 individu yang lain mengalami kecederaan.
Menurut laporan The Canadian Press, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital di sekitar Tisdale untuk menerima rawatan.
"Ingatkan serta doa sentiasa mengiringi keluarga kakitangan dan atlet, dan juga kepada semua yang terkesan oleh tragedi ngeri ini," kata presiden pasukan itu, Kevin Garinger dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa memaklumkan, kejadian itu berlaku sekitar 5 petang waktu tempatan apabila sebuah trak bertembung dengan bas tersebut ketika pasukan itu sedang menuju ke perlawanan menentang Nipawin Hawks.
#bas #bertembung #Humboldt Broncos #Kanada #kemalangan #Kevin Garinger #Nipawin Hawks #pasukan hoki #Saskatchewan #Tisdale