14 maut letupan kilang bunga api

Bernama
Oktober 18, 2023 03:40 MYT
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa, menurut polis.
Letupan pertama berlaku di Kanishkar Fireworks yang meragut 13 nyawa, selepas pekerja di sebuah kedai bersebelahan kilang didakwa menunjukkan demonstrasi mercun kepada pelanggan.
Sementara, letupan kedua berlaku di kilang di kampung Kichanayakanpatti dekat Sivakasi berpunca daripada bahan kimia yang digunakan untuk membuat bunga api, menyebabkan seorang pekerja maut, lapor Xinhua.
--BERNAMA-XINHUA
#kilang mercun #letupan #Kichanayakanpatti #demonstrasi