awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat Nepal

Bernama
Bernama
30/05/2022
07:52 MYT
14 mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat Nepal
Pasukan penyelamat dengan 11 anggota berada di lokasi nahas untuk mencari mayat mangsa, dan disebabkan keadaan cuaca buruk tiada pasukan lain dapat terbang ke lokasi. - Foto Twitter/@NaSpokesperson
KATHMANDU: Empat belas mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat penumpang Nepal di kawasan berbukit terpencil di daerah Mustang Nepal, lapor Xinhua, memetik Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal pada Isnin.
"Empat belas mayat ditemukan di lokasi tetapi identiti mereka masih belum didedahkan," kata agensi penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Pesawat Twin Otter itu membawa 19 penumpang dan tiga anak kapal apabila terputus hubungan pada pagi Ahad, beberapa minit setelah berlepas dari bandar Pokhara, Nepal menuju ke bandar pergunungan Jomsom di daerah Mustang. Empat warga India dan dua warga Jerman turut berada di dalam pesawat itu.
Keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Tentera Nepal.
Pasukan penyelamat dengan 11 anggota berada di lokasi nahas untuk mencari mayat mangsa, dan disebabkan keadaan cuaca buruk tiada pasukan lain dapat terbang ke lokasi, ketua pegawai daerah Mustang Netra Prasad Sharma memberitahu Xinhua.
"Kawasan itu mendung sehingga mengganggu jarak penglihatan," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat penumpang Nepal
#pesawat Twin Otter
#Pergunungan Jomsom
#Netra Prasad Sharma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan