DUNIA
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
Gambar fail menunjukkan sebuah kenderaan tentera memasuki penempatan yang diduduki Israel di Jenin, Tebing Barat, pada 6 Jun 2024. - Gambar fail Reuters
PARIS: Sebanyak 14 negara termasuk Perancis, Britain dan Jerman pada Rabu (24 Dis) mengecam keputusan Israel meluluskan pembinaan penempatan Yahudi baharu di Tebing Barat yang diduduki, sambil memberi amaran langkah itu boleh menjejaskan usaha mencapai keamanan lebih menyeluruh.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Luar Perancis, kerajaan Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Iceland, Ireland, Jepun, Malta, Belanda, Norway, Sepanyol dan United Kingdom menyatakan bantahan terhadap keputusan kabinet keselamatan Israel yang meluluskan 19 penempatan baharu.
“Kami menegaskan pendirian jelas menentang sebarang bentuk penguasaan dan peluasan dasar penempatan,” menurut kenyataan itu.
Kecaman itu dikeluarkan susulan kenyataan Menteri Kewangan Israel berhaluan kanan, Bezalel Smotrich, yang sebelum ini berkata kelulusan tersebut bertujuan menghalang penubuhan negara Palestin.
Negara-negara berkenaan menyifatkan tindakan unilateral itu “melanggar undang-undang antarabangsa” dan berisiko menggugat kestabilan ketika usaha sedang dijalankan untuk menggerakkan fasa kedua gencatan senjata rapuh di Gaza.
Mereka menggesa Israel “membatalkan keputusan ini serta menghentikan peluasan penempatan”, sambil menekankan aktiviti berterusan boleh mencetuskan ketegangan di lapangan.
Komitmen penyelesaian dua negara
Kenyataan itu turut menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap keamanan menyeluruh, adil dan berkekalan berasaskan penyelesaian dua negara, di mana Israel dan Palestin hidup berdampingan dalam keamanan dan keselamatan.
Israel telah menduduki Tebing Barat sejak perang Asia Barat 1967.
Tidak termasuk Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan kemudian diambil alih oleh Israel pada tahun sama, lebih 500,000 penduduk Israel kini menetap di penempatan sekitar Tebing Barat bersama kira-kira tiga juta rakyat Palestin.
Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan peluasan penempatan Israel di Tebing Barat mencapai tahap tertinggi sejak sekurang-kurangnya 2017, sekali gus mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap perkembangan semasa. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini