[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

14 negara terpilih anggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Bernama 12/10/2022 | 03:32 MYT
Majlis Hak Asasi Manusia PBB bertanggungjawab mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia. - Reuters
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Jan 2023.
Melalui sesi undian sulit, Algeria, Maghribi, Afrika Selatan, Sudan (untuk Afrika); Bangladesh, Kyrgyzstan, Maldives, Vietnam (untuk Asia-Pasifik); Georgia, Romania (untuk Eropah Timur); Chile, Costa Rica (untuk Amerika Latin dan Caribbean); Belgium, Jerman (untuk Eropah Barat dan negeri lain) dipilih menganggotai Majlis itu, lapor Xinhua.
Sudan dan Jerman telah dipilih untuk penggal kedua berturut-turut.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva adalah badan antara kerajaan yang bertanggungjawab mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia.
-- BERNAMA
#Majlis Hak Asasi Manusia #PBB #Geneva #negara anggota